APLIKASI DALAM TALIAN MYMANJUNG, KINI URUSAN LEBIH MUDAH
Aplikasi seperti Maybank2u, Cimbclicks, MyEG, MyTNB memudahkan anda bukan?
Pada hari ini, Majlis Perbandaran Manjung ingin memperkenalkan kepada anda aplikasi myMANJUNG yang juga akan memudahkan urusan yang melibatkan Majlis Perbandaran Manjung seperti E-Semak (Semakan lesen, kompaun pelbagai, cukai taksiran dan bil air gerai milik Majlis Perbandaran Manjung), E-Billing, Pembayaran Dalam Talian dan Sejarah Pembayaran. Anda hanya perlu akses di aplikasi ini menerusi pautan kami iaitu https://mymanjung.mpm.gov.my bermula jam 10 pagi nanti dan anda boleh menyelesaikan urusan tersebut di hujung jari anda.
Bagaimana dengan ADUAN AWAM dan urusan permit PENJAJA? 😮💨
Jangan risau. Anda juga boleh terus salurkan aduan awam melalui aplikasi myMANJUNG dan juga khas buat penjaja di daerah Manjung, urusan permit penjaja turut boleh dilaksanakan terus melalui aplikasi ini. Kedua-dua perkhidmatan tersebut akan mula dapat diakses di aplikasi ini pada bulan Ogos nanti!
Lagi berita baik? Tidak lama lagi aplikasi myMANJUNG juga akan boleh dimuat naik di telefon bimbit anda melalui Google Playstore dan Appstore. Ini langkah kami ke arah mendigitalkan semua urusan para penduduk Manjung. Aplikasi ini akan menawarkan lebih banyak kemudahan buat anda semua. Kemudahan anda keutamaan kami. Selamat berurusan dengan lebih selamat, bijak dan cepat!
Sebarang pertanyaan sila hubungi atau WhatsApp kami di talian hotline myMANJUNG seperti berikut:
- +601110629761
- +601110812976
- +601110729763
- +601110829763
Terima kasih.
TEAM MEDIA myManjung,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG