ANUGERAH PENILAIAN INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

24 JULAI 2023 (ISNIN) – Penilaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 Peringkat Kebangsaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) oleh pihak Institut Integriti Malaysia telah berlangsung secara dalam talian bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Objektif penilaian AIGA ialah untuk menilai penzahiran komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam sesebuah organisasi.

Sesi penilaian ini diketuai oleh panel penilai Puan Aisa Haris Pang dan Dr. Nik Zam Nik Wan.

Sesi pembentangan dokumen dipengerusikan oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM.

Semoga dengan sesi penilaian ini MPM akan terus memperoleh kejayaan berterusan dan sistem pelaksanaan integriti, tadbir urus dan antirasuah dapat digerakkan dengan lebih efisien sekaligus dapat memperkukuhkan kualiti penyampaian perkhidmatan MPM.