Anugerah Bandar Bahagia 2022

Tahniah!

Majlis Perbandaran Manjung sekali lagi menempa nama di peringkat kebangsaan apabila menerima Anugerah Bandar Bahagia 2022 pada hari ini yang bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya sempena sambutan hari kebahagiaan sedunia 2023. Ini merupakan kejayaan kedua Majlis Perbandaran Manjung menerima Anugerah Bandar Bahagia selepas kali pertama diterima pada tahun 2018.

Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk M. Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili YB Menteri, Tuan Nga Kor Ming sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Pengukuran indeks kebahagiaan ini diukur melalui penilaian program MurniNet (Malaysia Urban Indicator Networks) meliputi kaji selidik yang di buat dilapangan pada tahun 2022. Kriteria pemarkahan melibatkan aspek kepuasan serta tahap kebahagiaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian soal selidik mengambil kira aspek kehidupan, kesihatan, hubungan kekeluargaan dan jiran, pengurusan kewangan, aktiviti komuniti, keselamatan, penyediaan kemudahan masyarakat, perkhidmatan PBT, perkhidmatan wakil rakyat dan kualiti alam sekitar di kawasan pihak berkuasa tempatan.

Terima kasih buat semua yang terlibat dan Majlis Perbandaran Manjung akan terus komited bagi memastikan perkhidmatan perbandaran yang disampaikan kepada penduduk adalah berada di tahap terbaik dan berkualiti serta menjamin persekitaran yang selesa serta bahagia buat seluruh warga manjung.

Anugerah Bandar Bahagia 2022
Anugerah Bandar Bahagia 2022