ANTARA NALURI BELAS KASIHAN KEPADA HAIWAN ATAU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNJUNG YANG TERKESIMA KEPADA ANUGERAH ALAM

ANTARA NALURI BELAS KASIHAN KEPADA HAIWAN ATAU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNJUNG YANG TERKESIMA KEPADA ANUGERAH ALAM

13 Disember 2023 (Rabu) – Taman Paya Bakau Bandar Lumut yang dibina pada Mei 1994 mula dibuka kepada orang ramai pada Januari 1995 secara percuma.

Namun mulai Disember 2020 kadar bayaran RM3.00- Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun keatas tetapi percuma kepada warga Orang kelainan Upaya (OKU) mula diperkenalkan sebagai sumbangan awam kepada kelestarian alam semulajadi hutan bakau di kawasan bandar.

Taman Paya Bakau Bandar Lumut satu-satunya taman hutan paya bakau yang terletak di kawasan bandar. Taman Paya Bakau Bandar Lumut dibuka setiap hari kepada pengunjung sepertimana berikut :

Hari Masa

Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu/Ahad

/Cuti Umum : 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Bermula pada tarikh tersebut pihak MPM tidak lagi memberikan kebebasan keluar masuk secara percuma kepada pengunjung tanpa jadual atau tanpa kawalan seperti terdahulu kerana kesan yang dialami oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung berkaitan isu sampah sarap daripada bahan buangan plastik, kertas, tin dan lain-lain yang diamalkan oleh pihak pengunjung yang memiliki naluri kasihan kepada monyet dengan memberi makanan kepada primat tersebut.

Sampah sarap yang tidak terkawal tersebut menyebabkan lebih banyak haiwan perosak seperti lalat, tikus dan lain-lainnya menjadikan Taman Paya Bakau tersebut sebagai tempat pembiakannya secara tidak langsung.

Pihak MPM juga amat tidak menggalakkan perbuatan atau amalan pengunjung memberi makan kepada haiwan seperti monyet yang terdapat di Taman Paya Bakau Bandar Lumut kerana amalan tersebut boleh membawa lebih banyak kesan buruk dan monyet menjadi lebih agresif kepada pengunjung.

Kadar penghijrahan dan populasi haiwan tersebut juga bertambah lebih banyak ke Taman Paya Bakau Bandar Lumut dan lebih cepat membiak hingga melampaui sumber makanan semulajadinya yang sepatutnya menjadikan makanan asasinya seperti daun, buah-buahan hutan, ketam, siput dan lain-lain habitat hutan paya bakau.

Berikut adalah sebab dan kesan amalan memberi makanan kepada monyet yang telah dibuat kajian oleh pihak badan bukan kerajaan, pihak Universiti, pengkaji bebas dan sebagainya :

1) Mengubah Sikap Semula Jadi Haiwan – mengajar monyet untuk bergantung kepada manusia untuk dapatkan makanan.

2) Menjadi Haiwan Yang Bahaya Dan Ganas – Sebab tindakan itu mengajar monyet untuk tidak takut kepada manusia dan bertindak agresif.

3) Membahayakan Kepada Kesihatan Haiwan Liar – Terlebih makanan, populasi monyet bertambah dan konflik bertambah antara mereka dengan sumber makanan yang bersifat toksik kepada haiwan liar membahayakan jangka hayat haiwan primat tersebut.

4) Membahayakan Kepada Keselamatan Manusia dan Haiwan -Kesan daripada di atas, di sesetengah tempat monyet menunggu makanan di tepi jalan dan bermain di atas jalan, selalu mati dilanggar dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Pihak MPM mengambil serius aduan awam berkaitan serangan haiwan liar seperti monyet terhadap manusia di kawasan perbandaran Manjung dengan memanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab langsung iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Kepada komuniti perbandaran daerah Manjung yang turut sama terkesan kepada kacau ganggu haiwan liar seperti primat monyet disaran untuk membuat aduan secara rasmi kepada Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di talian yang berikut :

PENGARAH

JABATAN PERHILITAN NEGERI PERAK

TGKT. 3, WISMA PERSEKUTUAN, JALAN DATO’

SERI AHMAD SAID, GREENTOWN,

30450 IPOH

PEJABAT : 05-243 6645 / BIMBIT : 019-936 2788

/FAKS : 05-243 6635

E-MEL : perak[at]wildlife[dot]gov[dot]my

ATAU

di PERHILITAN Perak Tengah (Kpg. Gajah) :

011-2107 4102 @ 05-631 8785

Aduan-aduan berkaitan kacau ganggu primat monyet yang di terima oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Perak untuk diambil tindakan lanjut dan sewajarnya demi kebaikan komuniti di kawasan perbandaran Manjung.

ANTARA NALURI BELAS KASIHAN KEPADA HAIWAN ATAU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNJUNG YANG TERKESIMA KEPADA ANUGERAH ALAM
ANTARA NALURI BELAS KASIHAN KEPADA HAIWAN ATAU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNJUNG YANG TERKESIMA KEPADA ANUGERAH ALAM
ANTARA NALURI BELAS KASIHAN KEPADA HAIWAN ATAU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNJUNG YANG TERKESIMA KEPADA ANUGERAH ALAM