𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐂𝐒𝐑 𝐕𝐀𝐋𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐂𝐒𝐑 𝐕𝐀𝐋𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

13 DISEMBER 2024 (JUMAAT) – Telah berlangsung Program Libat Urus berkaitan Projek CSR Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama komuniti Beruas pada jam 3.00 petang di Dataran Beruas.

Program ini berfokuskan Projek Menaik Taraf Pekan Beruas melalui inisiatif CSR Vale dan MPM untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan, pemain industri, peniaga dan penduduk setempat. Perbincangan meliputi isu, cabaran dan hala tuju pembangunan Pekan Beruas bagi memastikan projek yang dirancang selari dengan elemen kelestarian dan inklusiviti.

Turut diadakan sesi pembentangan dan libat urus oleh Gs Dr. Norhazlan Haron, Pensyarah Kanan UiTM merangkap Ketua Projek Pelan Tindakan Khas Pekan Beruas.

Hadir semasa program ialah Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung; YB Encik Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu; Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran; Encik Faizal Ahmad Kassim, Penghulu Beruas; Pegawai Khas Ahli Parlimen Beruas, Ahli-ahli Majlis, wakil Vale dan UiTM Cawangan Perak serta pemimpin tempatan dan penduduk setempat.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐂𝐒𝐑 𝐕𝐀𝐋𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒