𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄-𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
7 DISEMBER 2024 (SABTU) – Telah berlangsung Program E-Waste dan Kitar Semula Peringkat Daerah Manjung pada jam 7.30 pagi.
Puan Noorhayati Abdul Rahim, Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah merasmikan program ini. MPM bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Manjung, Pejabat Perhilitan Daerah Manjung, Edsha Solution Berhad, Green Energy Asia serta agensi swasta lain. Program turut dihadiri oleh barisan pengarah kanan dan pengarah MPM.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program ini, termasuk sukan rakyat, pertandingan reka cipta barangan daripada bahan kitar semula, serta pertunjukan pakaian yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Selain itu, program ini turut menawarkan jualan Rahmah, pertukaran barangan e-waste, serta kutipan minyak masak terpakai yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
Semoga program ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif yang dapat memperkasakan pemeliharaan alam sekitar dan mendorong gaya hidup yang lebih mesra bumi.