𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐄𝐊 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐌

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐄𝐊 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐌

14 DISEMBER 2024 (SABTU) – Telah berlangsung program gotong-royong CSR oleh Tasek Corporation Berhad (TCB) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Taman Esplanade, Lumut. Aktiviti yang dijalankan termasuk baik pulih dan mengecat pentas, fasiliti taman rekreasi serta tembok pagar.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen TCB dan MPM terhadap pembangunan mampan dengan menyumbang kepada keceriaan kawasan awam, terutamanya di Bandar Lumut sebagai destinasi pelancongan. Program dirasmikan oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, serta dihadiri oleh Cik Azni Hushien, Sr. Management TCB, Pengarah-pengarah dan warga kerja MPM serta 58 warga kerja TCB.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Sama-sama kita kekalkan kecantikan dan keceriaan Lumut! 🌟

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐄𝐊 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐌
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐄𝐊 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐌
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐀𝐒𝐄𝐊 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐌