𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐀𝐊𝐔 𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
“Di MPM, tiada istilah AKU atau SAYA. Hanya ada KAMI atau KITA. KITA tempuh bersama, KITA berjaya bersama.” – Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM.
1 FEBRUARI 2024 (KHAMIS) – Majlis Ikrar Aku Janji Pegawai Lantikan Baharu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung dengan jayanya pada jam 9.00 pagi di Dewan Anjung Perdana, MPM. Sesi Bacaan Ikrar diketuai oleh Encik Mohamad Amirullah Mohd Mokhtar, Akauntan Jabatan Perbendaharaan, MPM.
MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada 42 pegawai yang terdiri daripada anggota lantikan baharu, lantikan tetap dan kenaikan pangkat yang ditempatkan di pelbagai jabatan dan unit MPM. Diharapkan dengan pelantikan ini, semua pegawai akan terus fokus serta bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi bagi bersama-sama kita mencapai aspirasi menjadikan Manjung Bandar Raya Pelancongan dan Maritim.