𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

1 MAC 2024 (JUMAAT) – Hari ini, Majlis Perbandaran Manjung dengan sukacitanya menyambut lawatan dari Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB) pada jam 9.00 pagi.

Lawatan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Anis Hussein, Yang Dipertua MPKB ini ialah untuk mendapatkan informasi mengenai kaedah pelaksanaan penggunaan Lesen Premis Digital myPATIL.

Turut hadir ialah Encik Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin, Setiausaha MPKB, Encik Nor Azariza Mohd Alawi, Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan, Perniagaan Kecil dan Kawalan Perniagaan, Tuan Haji Mortazi Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penjaja serta 14 pegawai dan warga kerja MPKB.

Para peserta juga berkesempatan mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan yang dipasang peranti pintar myPATIL di sekitar daerah Manjung.

Terima kasih MPKB atas lawatan ini. Semoga perkongsian kami ini bakal membawa manfaat bersama kepada kedua-dua belah pihak.