𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 (𝐅𝐈𝐑𝐄 𝐃𝐑𝐈𝐋𝐋) 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍
5 NOVEMBER 2024 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) dan Melawan Kebakaran pada jam 3.30 petang. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPM dengan kerjasama Balai Bomba Seri Manjung (Zon 3). Seramai 12 anggota bomba bersama 2 jentera terlibat dalam program ini.
Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) MPM yang terdiri daripada 41 anggota menjalani latihan memadam kebakaran dan menyelamat mangsa sebagai persiapan sekiranya berlaku kecemasan sebenar.
Kakitangan turut didedahkan dengan panduan langkah keselamatan kebakaran, termasuk cara menangani kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api. Demonstrasi ini bertujuan memastikan kakitangan bersedia serta berpengetahuan dalam menghadapi situasi kecemasan, sekaligus meningkatkan keselamatan di tempat kerja.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba Seri Manjung dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan latihan ini.