𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

4 NOVEMBER 2024 – Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YDh. ACP Hasbullah Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Manjung bersama 6 pegawai polis dari IPD Manjung pada jam 11.00 pagi.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan isu-isu penyelarasan dan kerjasama dalam aspek keselamatan awam serta penguatkuasaan undang-undang di daerah Manjung. Tuan Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini dan berharap agar hubungan strategik antara Majlis Perbandaran Manjung dan Polis Daerah Manjung dapat diperkukuh demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat.

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆