𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

Sebuah kawasan berhampiran Pasar Awam Beruas menjadi medan cetusan idea kreatif pelukis-pelukis berbakat. Majlis Perbandaran Manjung bersama Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. akan menambah baik kawasan tersebut dengan pelbagai 𝘮𝘶𝘳𝘢𝘭 𝘱𝘢𝘪𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan dengan mengambil kira cadangan dan idea daripada penduduk Beruas.

Alhamdulillah, kerja-kerja melukis mural bagi 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘸𝘢𝘭𝘭 di Pekan Beruas sudah 70% siap. Sepanjang proses melukis mural ini, ada beberapa jenis reaksi penduduk setempat.

1. Jenis yang memuji dan berasa kagum dengan mural tersebut

2. Jenis yang asyik bertanya kenapa gambar wanita? Siapa dia?

3. Jenis yang tidak kisah pasal mural tersebut

Potret seorang wanita berpakaian tradisional Negeri Perak dipilih sebagai konsep utama berlatarbelakangkan batik yang melambangkan kesenian abadi wanita yang mahir dalam membuat batik. Sebelah itu pula ada gambar pokok bunga dimana ia merupakan pokok Beruas yang menyerlahkan lagi asal usul nama Beruas.

Syok la orang Beruas lepasni. Ada port untuk OOTD 😆

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒