𝐆𝐀𝐑𝐃𝐄𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐑𝐂𝐇: 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔 𝐌𝐏𝐌
Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah membina Garden Mini Arch iaitu sebuah arca landskap unik di Pulau Pangkor. Arca ini dihasilkan sepenuhnya daripada sisa kayu hasil penebangan dan cantasan pokok.
Dengan sentuhan kreatif, arca ini memperindah kawasan sekitar sambil menggalakkan amalan kitar semula yang mesra alam. Mini Arch ini bukan sahaja menjadi tarikan baharu di Pulau Pangkor tetapi juga simbol komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar.
MPM akan terus komited dalam membangunkan landskap lestari demi keindahan dan kesejahteraan semua.