𝐔𝐉𝐈 𝐂𝐔𝐁𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 “𝐏𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐎𝐊𝐔”
Kumpulan Dekorasi Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melaksanakan satu uji cuba projek inovasi “Palang Anti Motosikal Mesra OKU” pada 3 Julai lalu.
Sesi uji cuba ini dijalankan bersama Puan Asfuriyah Amsuri dan anaknya Muhammad Asfa Bazli Ahmad Mahadi (Cerebral palsy) serta Puan Noraliza Mohd Nor dan anaknya Eldyna Insyariz Aide (Cerebral palsy).
Objektif utama ujian ini dijalankan ialah untuk menguji keberkesanan, keselesaan dan penambahbaikkan bagi inovasi ini. Penyediaan palang ini merupakan inisiatif MPM dalam menyediakan kemudahan akses masuk kepada pengguna OKU ke taman-taman awam dan menghalang pengguna motosikal daripada memasuki taman tersebut.
Inisiatif pelaksanaan projek uji cuba sebegini sangat penting dalam menjadikan Manjung sebagai sebuah Ban