𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐃𝐏 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
19 JULAI 2024 (JUMAAT) – Pagi tadi Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM berkesempatan merasmikan Majlis Apresiasi Akademik SMK Seri Manjung. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Dr. Muhammad Husaini Abdullah, Pengetua SMK Seri Manjung.
Ini ada sekolah pertama yang beliau kunjungi sejak dilantik sebagai Yang Dipertua pada 10 Jun lalu. Tuan Yang Dipertua juga turut menyampaikan anugerah-anugerah kepada para pelajar SMK Seri Manjung.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga sekolah ini akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang akhlak, akademik dan kokurikulum.