𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

12 DISEMBER 2024 (KHAMIS) – Berikutan hujan lebat sekitar jam 1.00 pagi, beberapa kawasan di Beruas seperti Kampung Kilang, Taman Anggerik dan kampung-kampung sekitarnya dilanda banjir akibat limpahan air yang memasuki kediaman penduduk.

Tidak ketinggalan, Encik Hamidun Hamid, Pembantu Awam Majlis Perbandaran Manjung (MPM), turut terjejas apabila kediamannya dimasuki air. Sebagai tanda solidariti, pasukan MPM telah turun padang untuk membantu membersihkan kediaman beliau.

Selain itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Beruas telah mula dibuka hari ini bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir. Dalam usaha memastikan kebersihan dan pengurusan sisa teratur di PPS, MPM juga telah menghantar tiga unit tong sampah 240L pada jam 8.00 pagi tadi.

MPM kekal komited untuk memastikan kebajikan dan keselamatan komuniti yang terjejas sentiasa menjadi keutamaan dalam menghadapi bencana ini.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒