𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍

23 JANUARI 2024 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menyertai operasi bersepadu penguatkuasaan di atas rizab jalan wilayah Padang Tembak (Teluk Muroh). Operasi yang diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dengan kerjasama MPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Air Perak (LAP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Operasi yang bermula jam 9.30 pagi tadi melibatkan perobohan sebuah struktur bangunan tanpa kebenaran di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828). Pihak PDRM telah mengadakan kawalan keselamatan dalam operasi tersebut. Manakala pihak TNB telah memeriksa dan melaksanakan pemotongan bekalan elektrik. Bagi pemeriksaan saluran bekalan air pula telah dilaksanakan oleh pihak LAP.

Tindakan tegas seperti ini diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak agar mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi memastikan pembangunan dan penggunaan tanah berjalan secara teratur tanpa menjejaskan kepentingan awam.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍