𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊
Sejak 21 Februari lalu, Pantai Teluk Batik meriah dengan pelbagai acara menarik termasuk sukan rakyat yang melibatkan pengunjung pantai. Ada pertandingan mewarna, nature run, kayak fishing, bola tampar pantai, karaoke “tourism idol”, Bukit 300 Challenge, bola jaring, tarik tali, treasure hunt dan macam-macam lagi. Orang ramai juga berpeluang untuk berkunjung ke pameran dan jualan kraft yang disediakan serta terdapat banyak jualan karnival yang menyediakan pelbagai jenis makanan/minuman.
Acara kemuncak diteruskan lagi iaitu perasmian Pesta Teluk Batik oleh Yang Berhormat Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak pada hari ini. Turut hadir ialah Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Puan Zuraida Md Taib, Ketua Pengarah Operasi, Tourism Perak, Dr. Nur Intan Kartiniewatie Kamaruddin, Pegawai Kesihatan Manjung, Encik Ir. James Musa, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Manjung, Puan Norhaidah Riboet, Ketua Penolong Pegawai Daerah Manjung, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, barisan pengarah MPM dan rakan-rakan media.
Selain itu, YB Loh Sze Yee turut berkesempatan melancarkan Kemampanan Eko Pelancongan Teluk Batik SDG, Kempen Ke Arah Bebas Asap Rokok dan merasmikan tandas baharu Teluk Batik.
MPM akan sentiasa ke hadapan dalam menyahut agenda Kerajaan Negeri Perak bagi meningkatkan kadar kemasukan pelancongan dari luar negeri sempena Tahun Melawat Perak 2024. Untuk makluman, Pesta Teluk Batik ini adalah poket program bagi Pesta Laut Pangkor Lumut yang bakal diadakan pada penghujung tahun 2024.
Terima kasih kepada semua peserta sukan dan pengunjung. Kita jumpa lagi hujung tahun ini dalam Pesta Laut Pangkor Lumut.