𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍
7 OGOS 2024 (RABU) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah dijemput untuk sesi perkongsian pengetahuan (sharing knowledge) bersama Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengenai pembangunan projek masjid terapung dan pelaksanaan KPI dalam Sasaran Kerja Utama (SKU). MPPn juga telah dibawa ke Masjid al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor untuk melihat sendiri pengurusan masjid terapung ini.
Lawatan ini diketuai Tuan Haji Ab Razak Khalid, Yang Dipertua bersama pegawai- pegawai dan Ahli Majlis MPPn. Semasa lawatan ini, MPPn telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan serta Kursus Pengukuhan dan Pemantapan Daya Kreativiti dan Inovasi MPPn di Pulau Pangkor.
MPM berharap agar maklumat yang dikongsi ini dapat memberi manfaat dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan pengurusan di MPPn. Semoga kerjasama yang baik ini akan berterusan dan memberi kesan positif kepada kecemerlangan organisasi kedua-dua belah pihak. Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada MPPn yang telah memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan untuk sesi kali ini.