𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔, 𝟑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐃𝐀

𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔, 𝟑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐃𝐀

28 NOVEMBER 2023 (SELASA) – Seramai 3 orang pembida hadir bagi membida lelongan lembu yang disita akibat kecuaian pemilik/penternak yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan lembu lembu milik mereka yang dibiarkan berkeliaran di kawasan awam.

Lelongan yang melibatkan dua ekor lembu betina telah diadakan pada jam 10.00 pagi di Lobi Bangunan Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

MPM akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.

𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔

𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔, 𝟑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐃𝐀
𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔, 𝟑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐃𝐀
𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔, 𝟑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐃𝐀