𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐏𝐌
3 MEI 2024 (JUMAAT) – Selesai sudah Majlis Raikan Aidilfitri Bersama MPM yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi. Sungguh meriah majlis ini dengan aneka pilihan pelbagai juadah yang telah disediakan dan turut diserikan dengan persembahan isitimewa dn video raya dari jabatan/unit MPM.
Majlis ini dihadiri oleh YDh. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, YB Komander Nordin Ahmad, Ahli Parlimen Lumut, YB Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka, YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YB Rosli Abd Rahman, ADUN Pasir Panjang, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak, barisan Yang Dipertua dan Setiausaha PBT Perak, Ketua-ketua jabatan/agensi Negeri Perak dan daerah Manjung, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Ahli-ahli IPMC, Ahli Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan tetamu-tetamu jemputan serta warga kerja MPM.
Dengan adanya Majlis Raikan Aidilfitri ini, diharap ia menjadi medan kepada semua pihak untuk mengeratkan hubungan sillaturahim tanpa mengira latar belakang, pangkat dan agama khususnya di daerah Manjung. Perkara ini adalah selaras konsep Malaysia Madani yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri bagi menjadi wadah memupuk semangat muhibah dan perpaduan.