𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊
9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan Program Pengurusan Sampah yang Sistematik di kawasan Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini turut disertai oleh Encik Mohamad Syafiq Shafiei, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM, Clr. Wong Kay Leong, Ahli Majlis MPM Zon 2, guru-guru dan pelajar dari SMK Pangkor, Syarikat Maju Perak Utilities, kontraktor lantikan dan warga kerja MPM.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Pasir Bogak bagi menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Selain itu, turut diadakan taklimat berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal yang Sistematik yang disampaikan oleh wakil dari Syarikat Maju Perak Utilities Sdn. Bhd. serta taklimat Program Kitar Semula oleh Unit Kesihatan Persekitaran MPM.
Program ini turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah kepada 30 orang penerima sahaja. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.