𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

26 JANUARI 2025 (AHAD) – Telah berlangsung Program Muhibbah Tourism Manjung di Lorong Budaya Setia Kawan, Kampung Koh pada jam 8.00 malam. Program ini adalah hasil kerjasama antara Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Majlis Perbandaran Manjung bersama Persatuan Pembangunan Mampan Pelancongan Perak.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kerjasama antara masyarakat pelbagai bangsa serta memberi peluang kepada komuniti untuk mendapat manfaat daripada aktiviti pelancongan secara langsung. Program ini turut memfokuskan kepada peningkatan kesedaran mengenai keunikan dan nilai budaya tempatan melalui penganjuran pelbagai aktiviti, seperti lawatan ke tempat bersejarah, festival budaya, serta aktiviti alam semula jadi di sekitar Manjung.

Hadir semasa program ialah Puan Ding Mei Looi, Naib Pengerusi Persatuan Pembangunan Mampan Pelancongan Perak Merangkap CEO Group Marina Island; Ahli-Ahli Majlis MPM; Puan Jamaliah Osman, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Manjung serta penduduk setempat.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆