
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏
Telah berlangsungnya Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 1 di Stadium Indera Mulia, Ipoh dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini.
Program ini diadakan bagi mendengar serta menyantuni permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
Program yang disertai oleh YAB Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Perak ini turut melibatkan jabatan-jabatan negeri dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak termasuk Majlis Perbandaran Manjung.



