𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

29 NOVEMBER 2023 (RABU) – Setiap tahun Hari Integriti Nasional disambut di seluruh negara dengan anjuran pelbagai program dan aktiviti bagi tujuan memantapkan pembudayaan nilai-nilai tadbir urus, integriti dan anti rasuah.

Program anjuran Unit Undang-Undang dan Integriti Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kali ini diteruskan dengan Program Hari Sihat Integriti bertemakan “Integriti Asas Peribadi” yang telah disempurnakan oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM.

Turut hadir Puan Hazirah Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak dan 6 orang daripada Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak serta 2 orang unit siasatan SPRM Cawangan Teluk Intan bagi menjayakan program tersebut. Beliau turut memberikan perkongsian mengenai info pencegahan rasuah bersama 54 kakitangan majlis terdiri daripada pelbagai jabatan dan unit.

Selain itu, aktiviti pendakian Bukit 300, Teluk Batik, Lumut berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan dengan kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

p/s : Jemput semua ke program UUI seterusnya iaitu 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘁𝗶𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟳 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮, 𝗠𝗣𝗠.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊