𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
18 Oktober 2024 (Jumaat)
8.30 pagi
Telah berlangsung Program Gotong-Royong dan Keceriaan Pekan Beruas yang dirasmikan oleh YB Encik Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu. Program ini diadakan sebagai persiapan menjelang acara Manjung Run Beruas yang akan berlangsung esok hari.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah MPM, Ahli-ahli Majlis, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), mahasiswa dari UUM dan UTP, Jawatankuasa Penduduk Zon 21, serta komuniti setempat Pekan Beruas.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga demi memastikan Pekan Beruas lebih bersih dan ceria!