
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑
20 MEI 2024 (ISNIN) – Program Bicara Pangkor telah diadakan di Pangkor Village Beach Resort, jam 2.30 petang. Tujuan pogram ini ialah untuk memberi penerangan serta mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan cadangan projek-projek pembangunan yang dinyatakan di dalam Rancangan Kawasan Khas Pulau Pangkor.
Program ini telah dikendalikan oleh En. Ismail Ibrahim Majlis Perbandaran Manjung sebagai moderator dan mendapat penerangan daripada 3 panel iaitu TPr Che Rasid Che Seman, Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah PLANMalaysia, Dr Maisara Ahmad, Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan dan Puan Nur Zahra Zokronain, Penolong Eksekutif Kanan, Unit Pembangunan Tourism Perak.
RKK ini boleh diperiksa dan sebarang cadangan atau bantahan boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2024, jam 4.30 petang di lokasi berikut:
Lobi A, Majlis Perbandaran Manjung
Galeri Pulau Pangkor
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak)
Pejabat Daerah dan Tanah Manjung


