
𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐂𝐀 ‘𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍’ 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀
Dulu dikenali dengan nama Pasar Lama Kampung Koh, kini dinaik taraf sebagai Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh. Sebentar tadi telah selesai Majlis Perasmian Arca ‘Setia Kawan’ dan Sambutan Tahun Baru Cina yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pembinaan semula pusat komuniti ini merupakan satu platform untuk masyarakat pelbagai kaum berhimpun dan melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan acara budaya. Bukan itu sahaja, sambutan Tahun Baru Cina sebentar tadi juga turut diraikan oleh semua kaum yang menjadi bukti kita sebagai rakyat Malaysia yang meraikan kemajmukan etnik, kepelbagaian agama, budaya dan tradisi.
Hadir semasa majlis ini ialah YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, YB Encik Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka, YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, Puan Nurmalis Musa, CEO Tourism Perak Management Berhad, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM, Ketua-ketua Jabatan daerah Manjung, barisan Ahli Majlis MPM, Pengarah-pengarah MPM dan penduduk setempat.
GONG XI FA CAI XIN NIAN KUAI LE



