15 NOVEMBER 2022 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YTY Industry Sdn. Bhd. atas pemberian cek sumbangan bernilai RM10,000.
Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Syed Ali Aljiffri Syed Jan Aljifri, Vice President Strategic Partnership kepada TPr Muhamad Helmy Abdul Hadi, Ketua Jabatan Perancang Bandar, MPM pada jam 2.30 petang.
Tajaan kos pemuliharaan taman permainan tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak untuk beriadah di taman permainan di daerah Manjung.