𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐀 – 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐍𝐒𝐈𝐒 : 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐀 – 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐍𝐒𝐈𝐒 : 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌

7 MAC 2024 (KHAMIS) – Telah selesai sesi Pengauditan Anugerah Rosa – Sinensis : Penarafan Taman Awam Bagi Taman Paya Bakau Bandar Lumut yang telah diketuai oleh Puan Murniza Hawani Husin bersama 6 auditor dari Jabatan Landskap Negara.

Ketibaan semua auditor ini disambut baik oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, barisan Pengarah Kanan dan Pengarah serta pegawai-pegawai Unit Landskap, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MPM.

Audit dimulakan dengan audit dokumen serta sesi pembentangan dari MPM berkaitan tapak taman paya bakau. Seterusnya, para auditor turut melaksanakan audit fizikal melalui lawatan ke Taman Paya Bakau Bandar Lumut pada sebelah petang dan malam.

Pengauditan ini adalah inisiatif penarafan kepada taman awam dan kawasan hijau yang dirancang, dibangunkan dan diurus secara komprehensif yang memenuhi fungsi pembangunannya.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua auditor dan Jabatan Landskap Negara atas penilaian yang telah dilaksanakan.

MPM akan terus memberi komitmen dalam memastikan taman awam dan kawasan hijau yang dibangunkan memberi impak positif kepada komuniti, alam sekitar perbandaran dan biodiversiti daerah Manjung.

#MPMSENTIASASELANGKAHDIHADAPAN