𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇
Pelbagai kempen cintai pantai telah dilaksanakan oleh pihak MPM. Bersih hanya sementara, sampah kembali bertimbun namun masyarakat kita masih tidak berubah. Selama mana lagi kerja-kerja pembersihan pantai perlu kami laksanakan?
Pada hari ini MPM bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pembersihan di Pantai Teluk Batik. Sampah yang dibersihkan ini adalah akibat perbuatan orang awam yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB hingga mencemarkan alam sekitar.
MPM akan terus komited untuk memastikan pantai-pantai di daerah Manjung sentiasa bersih.
𝐉𝐈𝐊𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆,
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆.