𝐌𝐏𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐁𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍)
8 OKTOBER 2024 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima Pengiktirafan Penarafan Bintang Dalam Program Kesihatan Persekitaran PBT Tahun 2024 bersempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anugerah ini disampaikan oleh Ar. Zuhairi Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT kepada Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM pada jam 3.30 petang di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada komuniti perbandaran Manjung yang menjadi pemangkin utama dalam meraih pengiktirafan ini. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat dan sokongan semua pihak dalam menjaga kesihatan persekitaran yang lebih baik. Penghargaan juga diberikan kepada seluruh warga kerja MPM atas usaha gigih dan komitmen yang berterusan dalam memastikan kesihatan persekitaran yang lebih baik untuk kesejahteraan bersama.