Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada tiga kumpulan inovasi MPM yang telah merangkul anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2022. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak kepada Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM pada hari ini, jam 2.30 petang di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Kumpulan Fast telah dinobatkan sebagai naib johan bagi Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu, Kategori Sosial (Penambahbaikan) bagi projek Permit Penjaja Harian Sementara.
Bagi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT), Kumpulan Aedes Hunterz yang menghasilkan projek Water Hunter telah memenangi tempat ketiga.
Manakala Kumpulan Code Breaker pula memperoleh tempat ketiga dalam Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) bagi projek Aplikasi Mobile MPM-Matrix.
Semoga dengan kejayaan ini akan memantapkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerja MPM serta menjadi inspirasi dan manifestasi iltizam yang kreatif untuk menghasilkan lebih banyak projek inovasi pada masa akan datang.
TAHNIAH SEKALI LAGI. MPM
HEBAT!!!