
𝐌𝐏𝐌 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑
5 FEBRUARI 2024 (ISNIN) – Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menyampaikan anugerah kepada seorang penerima Anugerah Petugas Kaunter Terbaik, 48 orang penerima Anugerah Khas Yang Dipertua dan 57 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diadakan di Dewan Merdeka, MPM pada jam 8.00 malam.
Majlis ini turut meraikan 20 orang warga kerja MPM yang telah bersara pada tahun 2023. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih untuk segala sumbangan dan khidmat bakti semua warga kerja yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang tahun 2023.
Diharapkan agar penganugerahan ini akan menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja MPM untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat bagi merealisasikan matlamat menjadikan Manjung sebagai sebuah bandar raya pelancongan dan maritim.




