Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja atas kejayaan MPM memperoleh Anugerah MiSHA Excellent OSH Risk Management In Government Sector Award.
Anugerah ini disampaikan oleh Encik Abd Mutalib Gapar, Timbalan Presiden MiSHA kepada Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM semasa Program MiSHA Inaugural National Excellence Awards On Osh Principle of Prevention (PoP) 2022 yang berlangsung pada hari ini, jam 8.00 malam di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor.
Penganugerahan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada MPM yang berjaya mewujudkan budaya kerja selamat dan pengurusan risiko yang baik dalam sektor kerajaan.
TAHNIAH SEKALI LAGI. MPM HEBAT!!!