𝐌𝐏𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐈𝐑 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

20 OKTOBER 2022 (KHAMIS) – Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan koir Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang telah berjaya menjuarai Festival Koir Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tahun 2022 pada petang ini. Dengan kejayaan ini, MPM sekaligus menerima trofi dan wang tunai RM3000.

Festival yang disertai 8 PBT negeri Perak ini telah menggegarkan Dewan Merdeka, MPM apabila setiap pasukan koir mempamerkan persembahan kreatif dan menarik yang diiringi sorakan penuh semangat daripada PBT masing-masing.

Penganjuran festival yang bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan menerusi nyanyian lagu-lagu patriotik dan bagi mewujudkan semangat kebersamaan antara PBT-PBT Perak ini dirasmikan oleh Puan Mufidah Mahfodz, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir ialah Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM, Yang Dipertua PBT-PBT Perak, Encik Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Setiausaha PBT-PBT Perak, Ahli-ahli Majlis MPM, barisan Pengarah, Ketua Jabatan dan Unit MPM, pemimpin-pemimpin komuniti daerah Manjung dan warga kerja PBT-PBT Perak yang hadir sebagai penyokong.

Penilaian dilakukan oleh 3 juri berpengalaman iaitu YBhg. Datuk Mokhzani Ismail, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Dr. Juriani Jamaludin, Ketua Pengajian Conservatory of Music dan Puan Faezah Hamdan, Pensyarah Conservatory of Music, UiTM Shah Alam. Terima kasih kepada juri yang telah hadir bagi mengadili pertandingan festival koir ini.

Syabas diucapkan kepada naib juara iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pemenang tempat ketiga iaitu Majlis Daerah Kerian (MDK) dan pemenang tempat keempat yang juga merupakan pemenang persembahan

terbaik iaitu Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM).

MPM turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan koir PBT-PBT Perak yang telah turut serta dalam menyahut cabaran kali ini. Sekalung tahniah kerana memberi saingan yang begitu

hebat dan semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan.