𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒

19 OKTOBER 2024 | SABTU – Manjung Run 2024 Beruas telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Acara ini dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Zolkafly Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan mewakili YAB Menteri Besar Perak.

Larian dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan acara flag-off bagi kategori 21km, diikuti oleh larian 12km, 5km dan 3km. Manjung Run 2024 bukan sekadar acara sukan, ia juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan Beruas sebagai destinasi warisan penting. Beruas, menurut Sejarah Melayu pernah menjadi Pusat Tamadun Kerajaan Purba dan pusat perdagangan serta kebudayaan sejak abad ke-13.

Antara yang hadir termasuk YB Dato’ Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YDh. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung; Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung; Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM; YB Encik Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu; YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis; YDh. ACP Hasbullah Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Manjung; Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM; Encik Leonardo Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif Vale Minerals Malaysia Sdn. Bhd.; Encik Faizal Ahmad Kasim, Penghulu Mukim Beruas, serta Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Kanan/Pengarah MPM, komuniti setempat dan 2000 peserta larian dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.

Selain itu, turut diadakan lawatan ke Laman Memori Beruas Fasa 1, yang kini sudah hampir siap. Projek ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Vale Minerals Malaysia Sdn. Bhd. Di sini, terdapat catatan sejarah dan lukisan mural yang menggambarkan Beruas yang terletak di bahagian belakang deretan kedai berhampiran lokasi acara ini di Padang Bandaran Beruas. Kini, laman ini menjadi daya tarikan pengunjung kerana lukisan muralnya yang unik dan cantik, selain menjadi tempat OOTD baru di Beruas yang digemari oleh semua orang.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta Manjung Run 2024 Beruas atas penyertaan yang hebat ini. Menang atau kalah adalah sebahagian daripada pertandingan, namun yang paling penting adalah keseronokan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan. MPM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Vale Minerals Malaysia Sdn. Bhd. sebagai penganjur utama, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒