𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝑬𝑿𝑬𝑪𝑼𝑻𝑰𝑽𝑬 𝑻𝑨𝑳𝑲 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝑬𝑿𝑬𝑪𝑼𝑻𝑰𝑽𝑬 𝑻𝑨𝑳𝑲 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

15 JANUARI 2024 (ISNIN) – Pada jam 8.00 pagi tadi, semua warga kerja Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hadir menjayakan Majlis 𝘌𝘹𝘦𝘤𝘶𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘛𝘢𝘭𝘬 dan Perhimpunan Korporat pertama tahun ini di Dewan Merdeka, MPM.

Semasa majlis ini, semua warga kerja MPM telah melafazkan Ikrar Integriti Malaysia yang diketuai oleh Encik Hisham Ibrahim.

Dalam ucapan Yang Dipertua, beliau menitipkan pesanan buat warga kerja MPM bersama-sama mengayuh pelan yang dibina bersama rakyat bagi mencapai impian membina sebuah daerah yang makmur dan dikurniakan kesejahteraan. Maka setiap warga kerja perlu ada 𝘴𝘦𝘯𝘴𝘦 𝘰𝘧 𝘣𝘦𝘭𝘰𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨 atau rasa memiliki agar semua perancangan 2024 yang sarat dengan hasrat murni ini dapat sama-sama dijayakan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan demi manfaat bersama.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik, Jabatan Terbaik dan Pejabat Cawangan Terbaik bagi bulan November dan Disember Tahun 2023 serta Anugerah Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kategori Cemerlang.