
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
Hari ini, Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung secara rasminya menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua. Ketibaan beliau pada pagi tadi telah disambut mesra oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran dan barisan Pengarah Kanan / Pengarah. Kawalan hormat oleh barisan anggota Penguat Kuasa MPM turut diadakan bagi menyambut ketibaan Tuan YDP.
Selamat Datang ke keluarga MPM dan Selamat Menjalankan Tugas Tuan YDP!



