𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈

25 MAC 2025 (SELASA) – Majlis Perhimpunan Korporat Bil.2/2025 Sempena Aidilfitri telah berlangsung dengan penuh meriah pada jam 8.30 pagi di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kehadiran penuh Ahli-ahli Majlis dan warga kerja MPM .

Sebagai simbol komitmen terhadap integriti dan akauntabiliti, seluruh warga kerja MPM telah melafazkan Ikrar Integriti Malaysia yang diketuai oleh Encik Shahrizal Bin Nazari, Pembantu Penguat Kuasa MPM.

Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM, telah menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik, Jabatan Terbaik dan Pejabat Cawangan Terbaik bagi bulan Januari dan Februari. Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan ihsan Aidilfitri KSK MPM, cenderahati kepada peserta program tadarus al-quran KSK MPM serta edaran kad dan sampul duit raya edisi terhad MPM.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.