𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋. 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
4 OKTOBER 2024 (JUMAAT) – Majlis Perhimpunan Korporat Bil. 3/2024 Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah diadakan pada pagi ini di Dewan Merdeka, MPM pada jam 8.00 pagi.
Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua dalam ucapannya mengajak semua untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan tanggungjawab sambil menekankan kepentingan kerjasama dalam mencapai visi dan misi organisasi.
Yang Dipertua berkesempatan menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik, Jabatan Terbaik dan Pejabat Cawangan Terbaik bagi bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos Tahun 2024. Turut disampaikan adalah anugerah-anugerah dalam inovasi dan sukan yang berjaya diraih oleh MPM sepanjang tahun ini.
Ucapan tahniah dan penghargaan diberikan kepada semua penerima anugerah serta warga kerja MPM atas kejayaan dan komitmen mereka. Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi inspirasi untuk terus maju dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, selaras dengan usaha memajukan daerah Manjung.
Hadir semasa majlis ialah Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis, barisan Pengarah Kanan, Pengarah, warga kerja MPM, Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia, Ghomah Batik dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).