𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑

4 DISEMBER 2023 (ISNIN) – Majlis Perhimpunan Korporat Bil.4/2023 telah diadakan bertempat di Dewan Merdeka, MPM pada jam 8.00 pagi.

Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua telah menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik, Jabatan Terbaik dan Pejabat Cawangan Terbaik bagi bulan Julai hingga Oktober 2023. Turut diadakan penyampaian sumbangan Hari Deepavali Tahun 2023, sumbangan kebajikan dari Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPM, penyampaian Anugerah Audit Dalaman EKSA, Anugerah Inovasi dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023, Anugerah Inovasi Sektor Awam Perdana dan Anugerah Emas International Convention on Quality Control Circles 2023 Beijing, China.

Yang Dipertua menyampaikan ucaptama serta syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan MPM atas kemenangan MAKSAK Game 2023 Tenpin Bowling, Kejohanan Liga Sukan Komuniti, Kejohanan Ping Pong Jemputan PBT anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah MALA. Yang Dipertua turut menyampaikan hadiah tempat keempat Pertandingan Koir PBT Perak, Sijil Malaysia SDG Cities Urbanice Malaysia dan Anugerah Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak. Terima kasih atas komitmen yang diberikan.

Sebagai Perhimpunan Korporat yang terakhir bagi tahun 2023, Yang Dipertua mengingatkan warga kerja supaya menanam azam demi menjayakan dan melaksanakan agenda negara dengan menempa kejayaan baharu yang lebih besar serta bersedia melangkah ke tahun 2024 dengan keyakinan lebih padu.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑