
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐋𝐀𝐋𝐔 (𝐀𝐃𝐓𝐑𝐄𝐂)
11 JANUARI 2025 (SABTU) – Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah merasmikan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (ADTReC) yang terletak di Masjid Haji Isa, Batu 8 Lekir.
ADTReC ini merupakan fasiliti kitar semula berkonsepkan Do It Yourself di mana penduduk boleh mengasingkan dan menyerahkan barangan kitar semula secara pandu lalu tanpa memerlukan interaksi dengan pekerja. Lebih menarik lagi, setiap barangan yang dikitar semula melalui ADTReC akan ditukar dengan wang tunai yang lumayan sebagai insentif kepada penduduk untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam.
Majlis perasmian turut disertakan dengan taklimat berkaitan kitar semula dan panduan penggunaan mesin ADTReC bagi memudahkan penduduk memanfaatkan kemudahan ini.
Hadir semasa majlis ialah Encik Yahaya Mat Nor, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak; Ahli-ahli Majlis MPM; Encik Shamsul Shapie, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Batu 8 Lekir; Cik Dina Shafreena Mohd Saiful Anuar mewakili Syarikat Trash for Cash; Pengarah MPM, AJK PAWE AJK Kelab Adalia Manjung serta penduduk setempat.


