𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐘𝐔 𝐈𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
3 DISEMBER 2024 – Majlis Perasmian Bot Seri Ayu II telah diadakan pada jam 3.00 petang di Jeti Terapung, Lumut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir bersama Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Ahli-ahli Majlis MPM, Pengarah Kanan dan Pengarah Jabatan dan Unit MPM. Sebagai simbolik kepada perasmian, pergerakan Bot Seri Ayu II membawa delegasi mengelilingi pulau untuk menyaksikan pengoperasian bot di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.
Majlis Perasmian Bot Seri Ayu II bertujuan untuk memperkasakan Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC), memberi sokongan dalam pengurusan dan operasi perairan dengan lebih efisien.
Majlis Perbandaran Manjung komited untuk memastikan Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC) terus diperkasakan melalui inisiatif ini. Diharapkan Bot Seri Ayu II dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kelestarian kawasan perairan serta pulau bebas cukai di Manjung.