
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐏𝐌 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐏𝐈𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
15 Oktober 2024 (Selasa), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan majlis penyerahan bendera kepada kontinjen yang akan beraksi di Sukan PBT Malaysia (MALA) di Sabah dari 17 hingga 20 Oktober 2024.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM, dan turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah MPM.
3 pasukan yang diwakili oleh 9 orang warga kerja Majlis Perbandaran Manjung akan bertanding dalam pertandingan tenpin boling yang akan berlangsung di Sabah.
Selamat berjuang kepada pasukan Tenpin Bowling MPM! Semoga anda semua membawa pulang kejayaan yang gemilang dari bumi Sabah. Tunjukkan semangat juang yang tinggi dan buktikan kemampuan MPM Boleh!


