𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐏𝐌

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐏𝐌

22 JANUARI 2024 (ISNIN) – Penyerahan kunci myKIOSK MPM di Jalan Venice Raya 2, Manjung (berhampiran Taman Manjung Point) telah disempurnakan oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MPM) Manjung kepada 30 peniaga di daerah Manjung.

Terima kasih kepada KPKT yang meluluskan permohonan MPM bagi projek myKIOSK ini sebagai kemudahan kepada penjaja kecil dengan fungsi teknologi hijau yang menggunakan tenaga solar dan penerapan nilai 3S (Selamat, Seragam dan Selesa).

Pembukaan myKIOSK ini menzahirkan keprihatinan MPM kepada para penjaja kecil untuk meningkatkan ruang dan peluang kepada mereka bagi menjana sumber pendapatan dan merancakkan lagi ekonomi daerah Manjung. Dengan pembukaan myKIOSK ini, MPM berharap peniaga akan dapat menjaga imej dalam aspek kebersihan, keceriaan serta identiti kiosk masing-masing dengan mematuhi peraturan serta perjanjian pemilikan yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha ini akan menjadi langkah pembaharuan kepada imej penjaja kecil di daerah Manjung.

#MPMSENTIASASELANGKAHDIHADAPAN#MPMANJUNG

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐏𝐌
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐏𝐌
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐏𝐌
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐌𝐏𝐌