
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐏𝐌 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝟰 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗥𝗔𝗕𝗨) – Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama Prof. Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab. Gani, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat, UiTM Seri Iskandar telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MOU) pada jam 10.00 pagi, hari ini.
Hadir bersama ialah Sr Dr. Irwan Mohd Ali, Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Perak, Tpr. Hajjah Mahmon Ali, Koordinator Program Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM Perak, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Ahli-ahli Majlis MPM, barisan Pengarah Kanan, Pengarah Jabatan dan Unit MPM serta rakan media.
MOU ini merupakan satu kerjasama di antara MPM dan UiTM Seri Iskandar dalam menerokai bidang-bidang penyelidikan dan kajian serta berkaitan dengan aspek ilmiah. Kedua-dua belah pihak akan bertukar pandangan, memberikan nasihat serta melaksanakan aktiviti yang bersesuaian demi kebaikan dan manfaat kedua-dua belah pihak.
Memorandum persefahaman ini akan berkuatkuasa selama tiga tahun. Walau bagaimanapun, tempoh memorandum persefahaman ini boleh dilanjutkan untuk satu tempoh yang dipersetujui bersama secara bertulis pada masa akan datang.



