𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟔
2 MEI 2024 (KHAMIS) – Majlis Angkat Sumpah Sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah selesai dilaksanakan pada jam 2.30 petang di Dewan Kaunselor, MPM.
Angkat sumpah ini melibatkan 2 Ahli Majlis lantikan semula iaitu Clr. Fadzilah Alias mewakili Zon 7 (Lekir) dan Clr. Zainul Abidin Harun mewakili Zon 21 (Pengkalan Baharu) serta seorang Ahli Majlis lantikan baharu iaitu Clr. Ahmad Firdaus Mokhtar mewakili Zon 20 (Pengkalan Baharu).
Sehubungan dengan itu, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan semoga Ahli-ahli Majlis dapat menggalas dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi bersama keluarga MPM.