𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐁𝐄𝐓𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 𝟐𝟒𝟖 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌

𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐁𝐄𝐓𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 𝟐𝟒𝟖 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌

5 DISEMBER 2023 (SELASA) – Lelongan awam melibatkan seekor lembu betina telah diadakan pada hari ini, jam 10.00 pagi di Lobi Bangunan Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau pada 30 November lalu. MPM akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.

𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐁𝐄𝐓𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 𝟐𝟒𝟖 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐁𝐄𝐓𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 𝟐𝟒𝟖 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐁𝐄𝐓𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 𝟐𝟒𝟖 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌