𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔

𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔

1 DISEMBER 2023 (JUMAAT) – Lelongan awam melibatkan dua ekor lembu betina telah diadakan pada hari ini, jam 10.00 pagi di Lobi Bangunan Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Seramai 4 orang pembida hadir bagi membida lelongan lembu yang disita akibat kecuaian pemilik/penternak yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan lembu lembu milik mereka yang dibiarkan berkeliaran di kawasan awam.

Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

MPM akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.

𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔
𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔
𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝟐 𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔